Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rotan: Kajian terperinci perlu dibuat – Jainab

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa berkenaan perlu membuat kajian terperinci mengenai cadangan mengenakan tindakan undang-undang terhadap ibubapa yang didapati merotan anak mereka.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata para ibubapa sudah tentu ingin mendidik anak masing-masing menjadi seorang yang berguna kepada negara dan masyarakat.
“Dalam agama juga mengajar umatnya cara untuk mendidik anak mendirikan solat  adalah dengan memberi nasihat, doa mahupun rotan,” katanya selepas menghadiri Taklimat Bersama Agensi Kerajaan di Wisma Wanita, dekat sini kelmarin.
Bagaimanapun, beliau menasihati ibubapa agar tidak keterluan merotan anak mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal serta gangguan mental.
Sementara itu, mengulas mengenai seorang guru yang bertindak keterlaluan ke atas seorang pelajar, Jainab berkata kes tersebut sedang disiasat oleh pihak berkuasa.
“Saya menyerahkan kepada pihak polis dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk menyiasat perkara ini,” katanya. – oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

 Jainab bergambar bersama peserta yang hadir pada taklimat tersebut.

Jainab bergambar bersama peserta yang hadir pada taklimat tersebut.

Komen


Berita Berkaitan