Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rosnah serah binatang korban kepada 14 masjid

PAPAR :  Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha pada Isnin depan, Ahli Parlimen, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyempurnakan Majlis Penyerahan Binatang Korban kepada 14 pengerusi masjid di daerah ini.

“Ini merupakan acara tahunan yang dikendali bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) sebagai usaha memperluas fungsi masjid selain menjadi tempat beribadat,” katanya selepas merasmikan program tersebut di Masjid Pekan Papar, pada Sabtu.

Masjid yang terlibat adalah Masjid Kg Pengalat Besar, Masjid Kg Pengalat Kecil, Masjid Kg Beringgis, Masjid Kem PGA, Masjid Kg Kawang,  Masjid Kinarut dan Masjid Taman Pantai Lok Kawi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang.

Manakala bagi DUN Pantai Manis pula terdiri daripada Masjid Kg Kuala, Masjid Pekan Papar, Masjid Kg Buang Sayang, Masjid Kg Sungai Padang, Masjid Kg Kelanahan, Masjid Kg Takis dan Masjid Kg Benoni./PENERANGAN

Rosnah (tengah) bergambar bersama para pengerusi masjid yang menerima binatang korban sempena Hari Raya Aidil Adha.-Penerangan
Rosnah (tengah) bergambar bersama para pengerusi masjid yang menerima binatang korban sempena Hari Raya Aidil Adha.-Penerangan

ZA/JGK

KETERANGAN GAMBAR:

1.   Rosnah (tengah) bergambar bersama para pengerusi masjid yang menerima binatang korban sempena Hari Raya Aidil Adha.

Komen


Berita Berkaitan