Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rosmah tiada kaitan dengan 1MDB – Peguam

ROSMAH Mansor. – Foto Sairien Nafis

 

KUALA LUMPUR: Peguam kepada Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan anak guamnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat pelaburan dana negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dilaporkan Wall Street Journal (WSJ).

Peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent dalam kenyataan malam ini memaklumkan pihaknya sudah meneliti laporan WSJ yang memetik sumber mendakwa bahawa isteri Datuk Seri Najib Razak itu adalah individu utama dalam dakwaan penyelewengan 1MDB.

“Kami ingin mengulangi bahawa anak guam kami (Rosmah) tidak mempunyai kaitan atau peranan secara langsung dan tidak langsung dengan operasi harian syarikat berkenaan, lebih-lebih lagi pengurusan kewangan atau mereka yang dilantik untuk mengawasi firma guaman itu.

“Sebagai isteri kepada perdana menteri ketika itu, Datin Seri Rosmah tidak terbabit dengan keputusan dibuat Najib,” katanya.

Katanya, Rosmah juga menjauhkan diri daripada perkara dikendalikan Najib dan tidak pernah mempengaruhi beliau dalam apa juga keputusan dibuat pihak eksekutif.

“Oleh itu, dengan mengaitkan Datin Seri Rosmah secara terus kepada 1MDB serta menimbulkan tuduhan terhadapnya, kami bimbang itu adalah usaha bagi mempengaruhi hasil siasatan yang sedang dijalankan dan paling teruk, untuk merosakkan imej beliau.

“Datin Seri Rosmah akan terus memberi kerjasama dengan pihak berkuasa berhubung perkara ini,” katanya. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan