Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rosmah rayu penculik pulangkan Konstabel Zakiah ke pangkuan keluarga

rosmah

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merayu kumpulan pengganas yang menculik seorang anggota Polis Marin, Konstabel Zakiah Aleip di sebuah resort di Pulau Mabul, Ahad lalu supaya melepaskan beliau secepat mungkin.

Katanya, mereka perlu memikirkan perasaan keluarga, anak dan isteri mangsa yang bimbang dan masih menunggu kepulangannya.

“Saya sebagai isteri dan ibu merayu mereka, fikirkanlah perasaan keluarga mangsa. Pada bulan yang mulia ini, pulangkanlah kembali mangsa kepada pangkuan keluarga,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Sumbangan kepada keluarga dan waris perwira negara Lahad Datu dan waris kru pesawat MH370 di sini, sebentar tadi.

Pada majlis itu, Biro Kebajikan UMNO, serta Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) menyumbang sejumlah RM5000 kepada balu perwira negara Lahad Datu; RM5000 kepada waris krew pesawat MH370 dan RM20,000 kepada ahli keluarga anggota tentera yang meninggal dunia akibat kemalangan kereta perisai di Perak baru-baru ini.

Komen


Berita Berkaitan