Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ROS diminta gantung, siasat aktiviti Pekida

Datu Akjan menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap penyelewengan dalam Pekida. - Foto Alexion Mairin / Sayangsabah
Datu Akjan menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap penyelewengan dalam Pekida. – Foto Alexion Mairin / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Pendaftar Pertubuhan (ROS) diminta menggantung sementara dan menyiasat sebarang aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) yang didakwa telah menyeleweng.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Pekida Sabah, Datu Akjan Datu Ali Muhammad berkata, senarai ahli Majlis Tertinggi Pekida pada masa kini adalah tidak sah kerana telah melanggar peraturan perlembagaan pertubuhan itu.

Beliau berkata draf pindaan Perlembagaan Pekida telah diubahsuai yang bertujuan memberi kuasa penuh kepada Presiden tanpa mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Majlis Tertinggi.

“Presiden Pekida telah menyalahgunakan kuasa dan telah melanggar Perlembagaan dengan memecat semua pengerusi negeri dan melantik pengerusi baru tanpa merujuk kepada jawatankuasa Majlis Tertinggi terlebih dahulu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, beliau mendakwa, Presiden juga bertindak secara sulit menubuhkan sebuah lagi pertubuhan yang diberi nama sebagai Majlis Abang Negeri yang boleh menyebabkan perpecahan di kalangan ahli Pekida yang lain.

“Tidak muslihat perkara lebih buruk boleh berlaku termasuk membabitkan pergaduhan di antara Pekida Negeri dengan Majlis Abang Negeri,” katanya lagi sambil mendakwa objektif utama Pekida ditubuhkan telah tersasar jauh.

Sehubungan itu beliau meminta ROS agar menggantung pendaftaran Pekida sehingga siasatan ke atas salah laku dan penyelewengan dana kewangan dalam Pekida selesai dijalankan oleh pihak berwajib.

“Demi memperbetulkan perjuangan Pekida ke landasan yang benar, saya tidak kisah dipecat keahlian daripada Pekida,” katanya sambil menambah satu laporan polis mengenai penyelewengan itu juga telah dibuat.
Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan