Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rondaan bersama di Laut Sulu mampu kekang jenayah

12:45pm 29/06/2016 Pak Roshan 266 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun.

KOTA KINABALU: Rondaan pasukan keselamatan menerusi kerjasama tiga negara membabitkan Malaysia, Indonesia dan Filipina di Laut Sulu mampu mengekang jenayah rentas sempadan terutama penculikan yang sering berlaku di perairan Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun, berkata pihaknya yakin cadangan kerajaan itu mampu memperkukuh kawalan keselamatan khususnya di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik semua tindakan positif kerajaan dalam meningkatkan keselamatan perairan negara daripada ancaman luar termasuk jenayah rentas sempadan.

“Kita sebagai anggota keselamatan tetap menyokong kerjasama bakal dilaksanakan ini dari semua aspek keselamatan. Langkah ini bukan saja memberi kebaikan kepada penduduk di Sabah, malah untuk ketiga-tiga negara.

“Menerusi kerjasama yang terjalin ini, ia mampu mengekang jenayah rentas sempadan terutama penculikan yang sering berlaku di perairan Sabah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran dan Sungkai Bersama Pesuruhjaya Polis Sabah di Masjid Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, malam tadi.

Majlis dibuat julung kali itu disertai 22 peserta membabitkan anggota polis IPK Sabah.

Sempena majlis itu, Abdul Rashid turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan mualaf.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata, pihaknya akan memanggil semua syarikat keselamatan di negeri ini untuk mengikuti taklimat berkaitan perkhidmatan pengawal keselamatan.

“Kita masih memperhalusi semua perkara berkaitan sebelum memanggil semua syarikat ini dalam masa terdekat.

“Kita mahu selaraskan prosedur operasi standard (SOP) bagi syarikat keselamatan di Sabah supaya kita dapat mengekang pengambilan pengawal keselamatan yang tidak mematuhi syarat,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan