Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RON95, RON97 Dan Diesel naik 5 Sen Mulai Hari Ini

RON95-petrol-600x403

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel bagi bulan Julai masing-masing naik sebanyak 5 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron, Datuk Alang Zari Ishak ketika mengesahkan kenaikan itu, berkata harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter manakala harga runcit bagi RON97 ialah RM2.10 seliter (termasuk GST 6 peratus).

“Harga runcit bagi diesel pula naik 5 sen kepada RM1.60 seliter,” katanya kepada Bernama.

Harga runcit petrol sejak April lalu adalah RM1.70 seliter bagi RON95, RM2.05 bagi RON97 manakala diesel dijual dengan harga RM1.55 seliter.

Peningkatan harga ini adalah yang pertama sejak April lepas. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan