Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rompakan berkumpulan: Dua lelaki dipenjara, disebat

4:51pm 20/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 77 views Tempatan

KOTA KINABALU- Dua daripada tiga orang lelaki yang merompak wang sejumlah RM497,348.75, milik Pasar Raya Hiper Servay, dua tahun lalu didapati bersalah selepas perbicaraan penuh di Mahkamah Sesyen, disini hari ini.

Kedua- dua tertuduh, Hayoup Khan Ghulam, 26, Carlos Aronson Z Binjoon, 26, dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan dua kali sebatan. Manakala, Jason Lionel Longay dilepaskan dan dbebaskan daripada pertuduhan itu.

Terdahulu, kedua- dua tertuduh didakwa merompak seorang pekerja pasar raya berkenaan yang pada ketika itu membawa wang berkenaan didalam van syarikat di hadapan sebuah pejabat di Pusat Komersial, Penampang pada jam 2.30pm, 27 Oktober 2014.

Mereka dihukum dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Dalam mitigasi, kedua- dua tertuduh memohon agar hukuman diringankan kerana mereka perlu menyara keluarga dan ini merupakan kesalahan pertama bagi kedua- dua tertuduh.

Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan memohon agar hukuman setimpal dikenakan keatas kedua- dua tertuduh.

Katanya, kes rompakan berkumpulan yang menyebabkan kematian dan kecederaan semakin meningkat dan kesalahan itu dilakukan oleh pekerja pasar raya itu sendiri.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Husna Abdul Halim, manakala kedua- dua tertuduh diwakili oleh peguam Korvent Wheezar E Jomiji. Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan