Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rompak: Lelaki dihukum empat tahun penjara dan lapan kali sebatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki dihukum penjara selama empat tahun oleh Mahkamah Sesyen, disini, hari ini setelah membuat pengakuan bersalah atas kesalahan merompak.

Disamping itu, Hakim Ainul Shahrin Mohammad turut memerintah agar tertuduh disebat sebanyak lapan kali atas kesalahan yang dilakukan itu.

Almukri Ramli, 21, bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas merompak seorang lelaki di Pasar Sembulan pada jam 3 petang, 24 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, Almukri dihukum dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuma penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Dalam mitigasi, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu agar hukuman yang minimum dikenakan.

Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon agar hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh. -Syafathin M.Y. / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan