Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rompak Kedai Emas Guna Foklif

SEBAHAGIAN foklif berkenaan di luar kedai terbabit.
SEBAHAGIAN foklif berkenaan di luar kedai terbabit.

Shanghai Seorang penyamun menggunakan taktik pelik untuk merompak kedai emas di Pingxiang, wilayah Jiangxi apabila dia merempuh premis berkenaan menggunakan foklif sebelum mengaut barang kemas di dalamnya.

Perbuatannya yang mengejutkan itu nyata berjaya hanya seketika apabila polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas dihubungi sempat menangkapnya.

Saksi dikenali sebagai Shi Wuwei berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi (waktu tempatan). Foklif itu dibiarkan terbenam pada bahagian depan kedai berkenaan dengan separuh kenderaan itu di dalam dan di luar premis.

Polis menutup kawasan itu selain menempatkan anggota untuk memastikan tiada kejadian berulang. Jumlah kerugian tidak dinyatakan. – Agensi/myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan