Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rombakan semula kabinet satu pengiktirafan kepada pemimpin Sabah

12:46pm 28/06/2016 Leolerry Lajius 57 views Tempatan
Rosnah ketika ditemui media sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Rosnah ketika ditemui media sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

PAPAR: Perlantikan Dato’ Abdul Rahman Dahlan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Nasrun Mansur sebagai  Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi merupakan satu pengiktirafan kepada pemimpin dari negeri Sabah.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, perlantikan tersebut dalam senarai kabinet yang baru merupakan satu tanda pengiktirafan terhadap pemimpin dari negeri ini kerana turut diberi peluang untuk memegang portfolio yang penting.

“Kita juga merasa kehilangan  Datuk Seri Husni Hanadzlah yang memilih untuk tidak dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II namun kita tetap akan mengiktiraf dan menghargai sumbangan beliau selama ini.”

“Rombakan dan penyusunan semula Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin kita lihat mampu memantapkan lagi stuktur kabinet bagi menghadapi pilihan raya akan datang,”katanya ketika ditemui media selepas majlis menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di Masjid Tuan Haji Mohd Yaakob Misir Kampung Beringgis, di sini kelmarin.

Rosnah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Rosnah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Rosnah berkata, program seumpama itu merupakan program tahunan yang diadakan bagi membantu golonga yang memerlukan.

“Program seumpama ini kita adakan di seluruh kawasan P.175 Papar untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan bantuan berbentuk keperluan harian,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan