Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rombakan Kabinet: Hak PM Gugurkan Saya – Shafie Apdal

sa

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan bahawa adalah menjadi hak untuk Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan, termasuk menggugurkan dirinya dalam senarai Kabinet baharu.

Shafie yang sebelum ini menjawat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata ia sememangnya menjadi hak Perdana Menteri jika pandangan yang dilontarkan beliau sebelum ini dianggap tidak selari dengan pendirian Najib.

“Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan UMNO dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara di landasan sepatutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak memegang jawatan Kabinet, beliau menjelaskan telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar.

“Selama ini saya telah memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi,” katanya.

Shafie antara lima Menteri Kabinet yang digugurkan dalam senarai portfolio baru Kabinet yang diumum Najib hari ini, selain Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri G Palanivel; Datuk Seri Hassan Malek serta Datuk Dr Ewon Ebin. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan