Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rollercoaster tergelincir, babas

11:06am 28/06/2016 Pak Roshan 17 views Global
KAKITANGAN dan orang ramai berusaha menyelamatkan mangsa terperangkap.

KAKITANGAN dan orang ramai berusaha menyelamatkan mangsa terperangkap.

London: Seramai 10 orang termasuk lapan kanak-kanak cedera selepas sebuah rollercoaster tergelincir dan terbabas di taman tema di Scotland.

Gambar tersebar di media sosial menunjukkan gerabak yang rosak teruk dan beberapa orang terperangkap dalam keadaan terbalik masih terikat pada kerusi mereka dalam permainan Tsunami di taman tema M&D berhampiran Glasgow.

Saksi berkata, permainan itu penuh ketika kejadian dan taman tema berkenaan dikosongkan sejurus kemalangan berlaku.

Pengunjung, Katie Burns berkata, dia baru selesai menaiki rollercoaster itu dan sedang berjalan dari tempat berkenaan ketika kejadian.

“Saya memang terkejut, keadaan tidak ubah seperti filem seram dengan kanak-kanak menjerit serta menangis,” katanya di Facebooknya.

Ketua Inspektor David Bruce berkata, lima gerabak yang tergantung pada rel rollercoaster berkenaan tercabut dan melanggar strukturnya sebelum terhempas.

“Ia jatuh kurang enam meter dan kemungkinan tercabut ketika laluan itu berbelok,” katanya.

Enam pasukan ambulans, pasukan operasi khas dan doktor dikerahkan ke tempat kejadian, kata jurucakap Perkhidmatan Ambulans Scotland. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan