Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Roland Chia bakal pertahan Ketua Cabang PKR Sepanggar

Dr. Roland Chia (dua dari kiri), bersama Ketua Cabang PKR Tawau dan Kudat iaitu Datuk Kong Hong Ming (dua dari kanan) dan Rahimah Majid semasa sidang media di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Dr. Roland Chia tidak akan mempertahankan jawatannya dalam Majlis Tertinggi PKR, sebaliknya memutuskan untuk bertanding bagi mengekalkan kerusi Ketua Cabang PKR Sepanggar dalam pemilihan parti itu pada September dan Oktober ini.

Menurut beliau, pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Cabang PKR Sepanggar kali ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

“Untuk Parlimen Sepanggar, ia melibatkan dua kawasan iaitu Inanam dan Karambunai dengan jumlah pengundi yang layak iaitu seramai 7,300 orang.

“Memandangkan PKR kini adalah kerajaan hari ini, semakin ramai yang tampil dan berminat untuk bertanding,” katanya kepada pemberita hari ini.

Roland berkata, sekarang adalah tempoh masa bantahan selepas penyerahan pencalonan dibuat pada 4 Ogos lalu dan sekiranya tiada bantahan dibuat oleh mana-mana pihak, calon akan dimuktamadkan dan nama mereka akan dipaparkan di laman web parti.

Katanya, Sabah adalah negeri kedua yang mencatatkan bilangan keahlian tertinggi selepas Selangor dengan kira-kira 200,000 orang manakala jumlah ahli PKR seluruh negara dianggarkan hampir sejuta orang. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan