Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rokok Seludup Bernilai Ratusan Ribu Dirampas di Tawau

9:24am 01/11/2016 Pak Roshan 1943 views Jenayah
Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Tawau, 31 Oktober 2016 – Dalam usaha Polis Daerah Tawau memastikan Tawau selamat dan sejahtera, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Tawau (BSJKD) sentiasa agresif bagi mengekang masalah penyeludupan dari menjadi serius di Tawau.

Hasil maklumat yang diperolehi melalui intipan dan risikan, sepasukan polis dari BSJKD diketuai Inspektor Ziqri Rayyan Rayner b. Pius telah membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Buaya malam semalam.

Semasa serbuan dijalankan, seorang lelaki sedang sibuk mengangkat kotak berisi rokok seludup pelbagai jenama dipercayai untuk diedar bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan. Suspek tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak menyangka kehadiran dan tindakan pantas pihak polis tepat pada waktunya untuk menangkap suspek. Rakan suspek bagaimanapun sempat melarikan diri dengan terjun ke arah kawasan laut.

Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah, pihak polis menemukan sebanyak 7030 paket kotak rokok pelbagai jenama yang diletakkan berasingan di dalam 120 kotak.

Nilai rampasan sebelum cukai dianggarkan RM 151,820 manakala nilai rampasan setelah cukai dianggarkan RM 894,722. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam yang mana jika disabitkan kesalahan, hukuman 10 hingga 20 kali ganda dari nilai barang. Kes telah dirujuk kepada Jabatan Kastam untuk siasatan lanjut.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan