Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rohaya menjadi Pengerusi PUSPANITAKK yang baharu

Rohayah (enam dari kanan) menerima nota serah tugas daripada Florence (tujuh dari kiri) dan disaksikan oleh ahli-ahli PUSPANITAKK
Rohayah (enam dari kanan) menerima nota serah tugas daripada Florence (tujuh dari kiri) dan disaksikan oleh ahli-ahli PUSPANITAKK
KOTA KINABALU- Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kota Kinabalu (PUSPANITAKK) yang baharu, Datin Rohaya Pawzy menjalankan penyerahan tugas daripada Mantan Pengerusi PUSPANITAKK dalam satu majlis di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), disini, kelmarin.
Rohaya yang juga merupakan isteri kepada Mayor  Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai telah memuji kerja keras mantan Pengerusi PUSPANITA atas usaha keras beliau dalam tempoh lima tahun memegang jawatan tersebut.
Selain itu, Rohaya turut mengucapkan ribuan terima kasih atas pelantikan tersebut dan berharap agar ahli- ahli komuniti yang lain dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau demi kepentingan persatuan tersebut.
Turut hadir, ahli- ahli PUSPANITA cawangan Kota Kinabalu yang merupakan pegawai dan staf di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan