Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rogol: Pemandu van bakal dibicara pada bulan Mei depan

KOTA KINABALU- Mahkamah Sesyen, disini, hari ini menetapkan 17 dan 18 Mei depan perbicaraan kes seorang pemandu van yang didakwa merogol seorang wanita, 33.

Hakim Indra Hj Ayub menetapkan tarikh tersebut setelah tertuduh mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dibaca terhadapnya.

Tertuduh, Ignatius Lazarus, 41 didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam sebuah van yang diletakkan di kawasan padang lapangan terbang, Kg Marakau, Ranau pada jam 8.50 malam pada 28 January 2012.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh agar tertuduh tidak mengganggu mangsa atau saksi-saksi pendakwaan.

Ignatius diwakili oleh peguam Edward paul untuk pemohonan jaminan. Walaubagaimana pun, mahkamah mengarahkan agar tertuduh untuk ditahan di penjara dan tiada sebarang jaminan ditawarkan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan