Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rogol berkumpulan: Dua lelaki mengaku tidak bersalah

4:33pm 15/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 1098 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Dua orang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang perempuan, 19 secara berkumpulan.

Ryan Abd Wahad, 21 dan Mohd Faizal Arsid, 21 bersama-sama didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah kawasan letak lori, di hujung kedai Sulaman Central, Menggatal pada jam 12.10 a.m pada 31 Januari, yang lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tempoh 30 tahun, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Dinesh Raja berkata pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kedua-dua  tertuduh kerana khuatir mereka ganggu kesemua saksi-saksi pihak pendakwaan termasuk mangsa.

Walaubagaimanapun, Hakim Ainul Shahrin Mohamad memberi jaminan RM 15,000 berserta seorang penjamin tempatan kepada setiap tertuduh dan menetapkan tarikh 24 Februari, depan sebagai pengurusan kes.

Disamping itu, mahkamah turut memberi amaran kepada kedua- dua tertuduh agar tidak menganggu kesemua saksi pendakwaan. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan