Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rogol anak saudara, lelaki tukar pengakuan kepada tidak bersalah

4:36pm 27/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 385 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas dua tuduhan merogol seorang remaja bawah umur yang juga merupakan anak saudaranya.
Pertuduhan pertama, tertuduh menafikan telah melakukan kesalahan tersebut di kampung di Papar, pada jam 1 hingga 2 petang, pada bulan September, tahun ini.
Manakala pertuduhan kedua, tertuduh turut mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan tersebut pada 23 Disember, tahun ini, pada jam 9 malam, di kawasan yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan ini, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 376 (1) Akta yang sama, ia memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Pada 29 Disember, tahun lalu, di mahkamah yang sama, tertuduh telah mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan. Walaubagaimanapun, tertuduh meminta kepada mahkamah agar memberi peluang kepadanya untuk melantik seorang peguam.
Hakim Ainul Shahrin Mohammed menetapkan tarikh 27 hingga 29 Jun, tahun ini untuk perbicaraan  dan mengekalkan jaminan sejumlah RM 10,000 (deposit penuh) beserta seorang penjamin tempatan.
Tertuduh diwakili oleh Peguam Goldam Hamid. Manakala, pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Akmalzatul Mohamed Nawi. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan