Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rogol anak saudara, bicara pada tahun hadapan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas dua tuduhan merogol seorang remaja bawah umur yang juga merupakan anak buah tertuduh.

Walaubagaimanapun, Hakim Ainul Shahrin Mohamad tidak mengambil sebarang pengakuan salah tertuduh pada hari ini atas permintaan tertuduh untuk mencari peguam bagi tujuan pembelaan.

Disamping itu, mahkamah telah menetapkan 27 Januari, tahun hadapan untuk sebutan semula kes.

Pertuduhan pertama, tertuduh mengaku telah melakukan kesalahan tersebut di kampung di Papar, pada jam 1 hingga 2 petang, pada bulan September, tahun ini.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh telah melakukan kesalahan tersebut pada 23 Disember, tahun ini, pada jam 9 malam, di kawasan yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan ini, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 376 (1) Akta yang sama, ia memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh telah diberi ikat jamin sebanyak RM 10,000 beserta seorang penjamin. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Akmalzatul Mohamed Nawi. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan