Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Robot bakal ganti pekerja di Asia Tenggara

10:11am 08/07/2016 Pak Roshan 5 views Global
GAMBAR hiasan, pekerja di sebuah kilang membuat pakaian di Bangkok.

GAMBAR hiasan, pekerja di sebuah kilang membuat pakaian di Bangkok.

Singapura: Lebih separuh pekerja di lima negara di Asia Tenggara berdepan risiko hilang pekerjaan akibat diganti robot dalam tempoh dua dekad dengan industri pakaian paling berisiko.

Satu kajian oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mendapati, 137 juta atau 56 peratus pekerja dari Kemboja, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam, semuanya termasuk dalam kategori yang berisiko.

“Negara yang bersaing dengan tenaga buruh murah perlu menyusun semula kedudukan mereka. Kelebihan harga kini tidak lagi mencukupi,” kata pengarah biro ILO untuk aktiviti majikan, Deborah France-Massin.

Laporan itu memberitahu, pekerja kini perlu dilatih untuk bekerja secara berkesan bersama robot.

Asia Tenggara yang mempunyai 630 juta penduduk adalah hab untuk beberapa sektor pembuatan termasuk tekstil, kenderaan dan komponen komputer.

Seramai sembilan juta penduduk di Asia Tenggara bekerja di sektor tekstil, pakaian dan kasut.

Menurut ILO, 64 peratus pekerja di Indonesia, 86 peratus di Vietnam dan 88 peratus di Kemboja berisiko diganti oleh robot.

Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu memberitahu, teknologi seperti percetakan 3D, teknologi nano dan robotik bakal digunakan secara meluas di sektor itu.

“Robot kini semakin bagus di bahagian pemasangan, murah dan semakin mudah bekerja sama dengan manusia,” jelasnya.

Antara sektor yang dijangka turut terjejas termasuk automotif, alat ganti kenderaan, elektrik dan elektronik dan peruncitan.
– Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan