Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Robin Hai masuk jerat

robin

KUALA LUMPUR: Suspek utama sindiket samun dan curi kenderaan untuk pasaran dunia Nyo Ah Hai, 50, atau lebih dikenali sebagai Robin Hai yang menjadi buruan polis antarabangsa (INTERPOL) selama lapan tahun akhirnya ditahan.

Robin Hai ditangkap ketika tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Changi, Singapura, dipercayai untuk menguruskan perniagaan haramnya itu, awal bulan lalu.


Menurut sumber, pihak berkuasa Singapura percaya Robin Hai sudah menjual 130 kenderaan yang dicurinya di Malaysia sebelum dieksport ke beberapa negara di Asia Barat melalui negara republik itu.

“Robin yang berasal dari Pulau Pinang dipercayai bertanggungjawab terhadap lebih 80 peratus kes kecurian kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Malaysia.


“Dia yang aktif mengendalikan sindiket terbabit sejak tahun 2000 dilapor melarikan diri dari Malaysia pada 2007 selepas menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum bersembunyi di Asia Barat,” katanya.


Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Abd Manaf Abd Razak ketika dihubungi Harian Metro semalam berkata, sehingga kini, pihaknya belum dimaklumkan mengenai penahanan Robin dan akan menyemak perkara berkenaan.

Dalam satu kenyataan pada 25 November 2013, Abd Manaf berkata, Robin yang bersembunyi di Asia Barat dipercayai memberi arahan kepada anggota sindiket yang juga bekas tahan Ordinan Darurat (EO) untuk mencuri kenderaan berdasarkan permintaan pelanggan.


“Ada 10 bekas tahanan EO yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan Robin kembali menjadi orang kanannya selepas dibebaskan. Mereka kembali aktif melakukan jenayah curi kenderaan, terutama kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas menerima arahan daripada suspek.

“Kenderaan yang dicuri dipercayai disembunyikan dalam gudang sebelum dimuatkan dalam kontena untuk dieksport ke Asia Barat, Afrika dan Asia Tenggara,” katanya.


Harian Metro pada 14 Jun lalu melaporkan, 24 rakyat Malaysia, termasuk Robin mencemar nama baik negara apabila tersenarai penjenayah yang menjadi buruan INTERPOL.


Berdasarkan rekod INTERPOL, 24 individu terbabit dikehendaki atas pelbagai kesalahan di lapan negara iaitu Brunei, Vietnam, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Indonesia, Singapura, China dan India.


Maklumat mereka kini terpapar dalam laman web agensi penguatkuasaan antarabangsa itu dan menduduki carta teratas Zulkifli Abdhir atau Zulkifli Hir, 47, yang amat dikehendaki pihak berkuasa AS atas dakwaan terbabit kegiatan militan.


Malah, pihak berkuasa AS turut menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM16 juta) ke atas Zulkifli yang kini dipercayai berada di Filipina.

Komen


Berita Berkaitan