Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RMK11 memperkukuhkan inklusiviti

5:45pm 20/11/2015 Ann Vivien 18 views Politik,Tempatan

Datuk Raime Unggi

Datuk Raime Unggi

TENOM: Rancangan Malaysia 11 (RMK-11) akan menumpukan kepada penekanan terhadap memperkukuhkan inklusiviti.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi, berkata dalam konteks ini kerajaan akan memberikan tumpuan kepada penyediaan lebih peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas persoalan yang dikemukakannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai jaminan Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada penambahbaikan taraf dan kualiti hidup rakyat, termasuk di Sabah terutamanya melalui usaha meningkatkan pendapatan isi rumah B40, memperluaskan penyediaan infrastruktur asas luar bandar serta meningkatkan jaringan perhubungan antara luar bandar dan bandar di Dewan Rakyat, pada Rabu lalu.

Katanya, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Razali Hj.Ibrahim dalam jawapannya menyatakan bahawa pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara lebih saksama tanpa mengira gender, etnik, status sosioekonomi dan kedudukan geografi.

“Strategi akan ditumpukan untuk meningkatkan pendapatan keseluruhan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) ke arah menambahbaik kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat seterusnya dapat mengurangkan jurang pendapatan di kalangan rakyat. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan