Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM900 Juta Untuk Perkhidmatan Udara Luar Bandar Di Sabah Dan Sarawak

6:47pm 02/12/2015 Pak Roshan 54 views Mutakhir,Nasional

mas-wings

KUALA LUMPUR : Kerajaan telah membelanjakan hampir RM900 juta untuk Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak sejak 2007 sehingga kini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau berkata perkhidmatan itu dapat mengukuhkan integrasi nasional di kedua-dua negeri selain menggalakkan perhubungan dengan Semenanjung.

“AirAsia dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menambah penerbangan dan frekuensi penerbangan dan mulai Oktober lepas, AirAsia telah menambah frekuensi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu dari 35 penerbangan kepada 41 penerbangan seminggu,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) yang ingin tahu usaha susulan dalam membangunkan sektor pengangkutan darat dan terminal lapangan terbang khusus Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Katanya kerajaan sentiasa mengkaji keperluan untuk membangun infrastruktur dan kapasiti lapangan terbang bagi menampung keselesaan dan pengendalian penumpang dari semasa ke semasa.

Abdul Aziz berkata kerajaan telah menaik taraf Terminal 1 LTAKK dengan kos RM1.7 bilion bagi meningkatkan kapasiti pengendalian penumpang sehingga mencecah sembilan juta penumpang setahun.

“Adalah dijangkakan kapasiti tersebut mampu menampung keperluan operasi sehingga tahun 2020,” katanya sambil menambah sebanyak 70 peratus pengguna perkhidmatan RAS adalah dari pengguna domestik di KKIA yang dapat menghubungkan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Mengenai cadangan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) untuk menukar nama perkhidmatan RAS kepada ‘Regional Air System’ (Sistem Udara Serantau), beliau berkata kerajaan tidak berhasrat untuk berbuat demikian demi memperkukuhkan integrasi nasional melalui pengangkutan udara masyarakat di Sabah dan Sarawak.

“RAS telah membantu rakyat tempatan bergerak mudah dalam negeri Sabah dan Sarawak dan kalau kita menukar nama ‘regional’ (serantau) ia akan memberi manfaat kepada warga asing,” katanya.

— BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan