Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM70 Juta Diperuntuk Bina Sekolah Seni Di Hab Pendidikan Sandakan

7:22pm 11/03/2016 Pak Roshan 45 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

sekolah

SANDAKAN : Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM70 juta bagi membina bangunan Sekolah Seni Malaysia Sabah di Hab Pendidikan Sandakan di sini yang akan dilaksanakan di bawah Pelan Pusingan Kedua Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Rozaimun Ahmad berkata kerajaan negeri telah menyediakan tapak tanah seluas 16 hektar untuk merealisasikan pembinaan sekolah berkenaan di Hab Pendidikan Sandakan.

Tindakan proaktif ini jelas menunjukkan kesediaan kerajaan Sabah untuk memiliki institusi kesenian bagi mengangkat martabat dan menjulang kebudayaan Sabah ke persada lebih tinggi, katanya di sini Jumaat.

Rozaimun ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Sekolah Seni Malaysia yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Bestari dekat sini.

Sekolah Seni Malaysia di Sabah merupakan yang keempat ditubuhkan di negara ini selepas Johor, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, program Pendidikan Seni di SMK Elopura, Sandakan itu, sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Katanya, ia bagi menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa dalam meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh.

Beliau berkata sebanyak empat program ditawarkan di sekolah seni iaitu muzik, tari, visual dan teater.

Rozaimun berkata permohonan murid dari Sabah ke Sekolah Seni Malaysia, pada 2013 bermula dengan seramai 120 orang dan jumlah berkenaan meningkat kepada 280 orang pada 2014.

Pada tahun lepas, jumlah permohonan meningkat sehingga 200 peratus iaitu seramai 820 orang, katanya.

Menurut Rozaimun, pelaksanaan Program Pendidikan Seni di SMK Elopura Sandakan akan dapat menampung keperluan tambahan tempat bagi murid di Negeri Sabah yang mempunyai minat dan bakat dalam bidang kesenian untuk berkarya dalam bidang seni.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah Datuk Jame Alip ketika berucap pada majlis itu berkata sukatan pelajaran yang disediakan bersesuaian bagi menilai hasil kerja pelajar yang meliputi persembahan apreasiasi seni di peringkat sekolah.

Katanya, JPN akan memastikan sekolah seni Malaysia ini dapat berfungsi dan relevan dengan keperluan semasa serta dapat berkolaborasi dengan sekolah seni lain di Malaysia.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan