Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM6.5 juta dibayar kepada Sabah

10:02am 11/06/2014 Pak Roshan 35 views Kota Kinabalu,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

SEC

RM6.5 juta dibayar kepada Sabah

 

KOTA KINABALU 10 Jun – Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. (SEC) mengisytihar dividen sebanyak RM6.5 juta kepada kerajaan negeri bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013.

Ia merupakan pembayaran dividen khas tambahan berjumlah RM76.3 juta dalam tahun kewangan sama dengan jumlah keseluruhan dividen kasar terkumpul yang dibayar kepada kerajaan negeri ialah RM169 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pihaknya berpuas hati terhadap prestasi cemerlang SEC sebagai sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang mengamalkan perbelanjaan berhemah.

“Ia jelas terbukti dengan pembayaran dividen oleh SEC setiap tahun. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai pengurusan baik, telus dan bertanggungjawab,” katanya selepas menyaksikan penyampaian dividen tersebut di pejabat Kementerian Kewangan Negeri di sini semalam.

Dividen itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SEC, Datuk Harun Ismail kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan negeri, Datuk Pengiran Hasanel Pengiran Mohd. Tahir.

Majlis penyampaian dividen tersebut disaksikan Musa dan Pengerusi SEC, Datuk Au Kam Wah.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, antara kemajuan yang dicapai SEC ialah membawa gas asli termampat ke kilang-kilang di Kota Kinabalu melalui sistem ‘virtual pipeline’ (VPS).

Menurut Musa, dia sendiri telah meminta SEC memperkenalkan kaedah VPS kepada kilang-kilang lain di negeri ini memandangkan kaedah itu lebih murah dan bersih dengan pengeluaran karbon rendah.

Sementara itu, Harun berkata, SEC dan kumpulan syarikat itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM97 juta bagi tahun kewangan 2013.

Menurutnya, dalam tahun kewangan 2013, kerajaan negeri telah menambah modal berbayar kepada SEC sebanyak RM57.2 juta melalui suntikan semula dividen yang diterimanya.

“Keseluruhan modal saham kini berjumlah RM300 juta manakala keseluruhan dana pemegang saham kumpulan berjumlah RM714 juta,” katanya.

Harun berkata, setakat ini, sebanyak lapan pelanggan industri gas telah menandatangani perjanjian pembelian sejak VPS dilancarkan oleh Ketua Menteri pada 2012.

Katanya, projek VPS membolehkan SEC menambah jumlah pengedaran gas miliknya sebanyak empat kali selain empat daripada syarikat pelanggan SEC telah menggunakan bahan api menerusi VPS yang lebih bersih serta murah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan