Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM587,000 Kerana Selfie Dengan Ular

KEADAAN lengan Fassler selepas dipatuk ular.
KEADAAN lengan Fassler selepas dipatuk ular.

San Diego – Seorang lelaki nyaris maut selepas dipatuk ketika merakam gambarnya dengan ular orok-orok yang ditemuinya di dalam semak.

Rawatan dijalani Todd Fassler menyebabkan dua hospital di Calfornia kehabisan stok serum antibisa ular apabila doktor menggunakan semuanya untuk merawat kecederaan pada lengannya.

Lebih mengejutkan Fassler, dia terpaksa membelanjakan hampir AS$154,000 (RM587,000) untuk menjalani rawatan.

Daripada jumlah itu, AS$84,000 ialah untuk serum antibisa ular.

Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu mempunyai insurans atau sama ada dia terpaksa membayar jumlah itu sepenuhnya.

Fassler mempunyai seekor orok-orok yang dijadikan haiwan peliharaannya sejak setahun lalu. Ia menimbulkan persoalan mengapa dia mahu merakam selfie dengan ular lain. –Agensi/myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan