Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM565.5j bina 41 jalan di Sabah

jalansabah

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri telah membelanjakan kira-kira RM565.5 juta untuk menyiapkan sebanyak 41 projek pembinaan jalan raya dan laluan di seluruh Sabah.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 22 projek sama dilakukan di sekitar Penampang, Papar serta Tuaran, melibatkan kos RM280.5 juta.

“Selebihnya terletak di beberapa daerah lain. Selain itu, sembilan lagi projek pembinaan jalan raya dijangka siap tahun ini dengan kos berjumlah RM31 juta manakala dua projek jejambat di Inanam dan Lintas, Jalan Kolam dijangka dimulakan hujung tahun ini.

“Kedua-dua projek jejambat itu kini sedang dalam pengurus an nilai dan tender dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan satu daripada jalan penghubung baharu di laluan Penampang, berdekatan Golden Hill Garden ke Perumahan Kos Rendah Kepayan di sini semalam.

Yang turut hadir bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Datuk Edward Khoo.

Projek jalan raya sepanjang 550 meter itu yang siap sepenuhnya pada tahun ini dapat memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 penduduk di kawasan berkenaan.

Jalan raya itu turut dilengkapi dengan laluan pejalan kaki konkrit dan lampu jalan dengan kos RM2.9 juta.

Bobbey berkata, pembinaan dan naik taraf jalan-jalan di negeri ini merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberikan keselesaan kepada rakyat.

Tambah beliau, kerajaan negeri berharap orang ramai memanfaatkan kemudahan jalan raya itu bagi memastikan keselesaan mereka menjalankan aktiviti seharian.

Komen


Berita Berkaitan