Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM515 Juta Untuk Perkukuh Bekalan Elektrik Di Sabah Tahun Depan

5:39pm 25/12/2015 Pak Roshan 74 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

Maximus-Ongkili1

PENAMPANG – Kerajaan pusat memperuntukkan sejumlah RM515 juta bagi memperkukuh, sekali gus menambahbaik sistem penghantaran dan penyaluran bekalan elektrik di Sabah, tahun depan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada RM2.3 bilion dana yang diluluskan kerajaan pusat bagi tempoh empat tahun sehingga 2019.

“Semua ini akan dapat membantu meningkatkan lagi kualiti penghantaran bekalan elektrik kepada pengguna,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Krismas anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Ongkili berkata kementeriannya akan menetapkan Indeks Prestasi Utama (IPU) kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) pada tahun depan yang bertujuan memastikan agensi itu meningkatkan prestasi pengagihan bekalan elektrik kepada pelanggan dan mengurangkan gangguan bekalan tenaga.

Menurutnya beliau memantau SESB secara dekat kerana ada IPU tahap gangguan elektrik yang perlu diminimumkan.

“Kami menetapkan (untuk mencapai) 300 (minit) Indeks Durasi Purata Gangguan (Saidi) di Sabah bagi tahun depan,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata Kabinet akan membuat keputusan mengenai pelaksanaan loji bahan bakar gas 380MW di Sandakan pada Jan tahun depan.

Melalui projek tersebut gas akan disalurkan dari Tuaran ke Sandakan menggunakan sistem paip yang akan melalui beberapa daerah seperti Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu dan Beluran. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan