Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM515 juta diperuntukkan untuk memperkukuhkan bekalan elektrik di Sabah

11:49am 23/04/2016 Leolerry Lajius 13 views Tempatan

KOTA KINABALU: Pihak badan utiliti Sabah akan menumpukan pelaksanaan langkah untuk mengurangkan masalah ganguan elektrik di negeri ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, menyifatkan keadaan tersebut bertambah baik dan juga berharap agar sasaran Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) iaitu 250 minit yang ditetapkan pada tahun ini dapat dicapai.

Menurut Maximus, kerajaan pusat telah memperuntukkan RM515 juta bagi tujuan memperkukuhkan serta meningkatkan penghantaran dan bekalan elektrik di negeri ini.

“Peruntukan itu adalah sebahagian daripada dana RM2.3 bilion yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan bagi peruntukan selama empat tahun iaitu sehingga tahun 2019.”

“SESSB juga sedang mengusahakan inisiatif untuk mengurangkan SAIDI di negeri ini dan antaranya termasuklah menaiktaraf loji kuasa dan juga pencawang di negeri ini,”katanya ketika bercakap selepas taklimat mengenai prestasi bekalan elektrik di negeri ini oleh pegawai-pegawai Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), di sini, baru-baru ini.

Tambah beliau, sehingga 19 April tahun ini, SESB telah berjaya mengurangkan SAIDI kepada 181.45 minit.

“Sebagai inisiatif untuk penjanaan tenaga lestari, SESB akan memperkenalkan sistem pengagihan automasi dan pembinaan grid pintar,”katanya./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan