Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM500,000 diperlukan bina semula masjid, pusat tahfiz

6:59pm 24/08/2016 Pak Roshan 168 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
PELAJAR Madrasah Maahad Tahfiz Ashabusyahid Bombalai.

PELAJAR Madrasah Maahad Tahfiz Ashabusyahid Bombalai.

TAWAU: Madrasah Maahad Tahfiz Ashabusyahid Bombalai, dekat sini, memerlukan kira-kira RM500,000 bagi membina semula masjid dan bangunan asrama yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran, lewat malam Ahad lalu.

Pengetuanya, Khairudin Mohd Arif, berkata madrasah tahfiz itu adalah antara institusi ilmu agama terawal selain dikenali di daerah ini.

Beliau berkata, berikutan kejadian kebakaran itu, pihaknya kini mengharapkan sumbangan orang ramai untuk membantu membina semula masjid, madrasah dan kediaman bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian seperti biasa.

“Alhamdulillah setakat ini kami bersyukur dengan sumbangan disalurkan pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan dan swasta, individu dan pemimpin yang prihatin dengan musibah menimpa kami.

“Bagaimanapun, saya percaya masih banyak sumbangan kewangan diperlukan dan ini memerlukan lebih ramai masyarakat yang prihatin untuk tampil membantu,” katanya ketika ditemui BH di sebuah gudang milik seorang penderma yang dijadikan premis sementara bagi maahad tahfiz berkenaan di Taman Univilla, di sini, hari ini.

Kejadian bermula pada jam 11.30 malam itu memusnahkan maahad tahfiz berkenaan bersama asrama, selain sebuah masjid yang bersambung dengan bangunan terbabit, mengakibatkan lebih 80 pelajar tahfiz hilang tempat tinggal, selain puluhan kitab dan buku agama turut menjadi abu.

Khairudin berkata, buat masa ini mereka amat memerlukan barangan seperti pakaian, al-Quran, tilam, sejadah serta keperluan harian kerana kebanyakan barangan milik pelajar gagal diselamatkan menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

“Ketika ini, pelajar ditempatkan sementara di sebuah gudang milik penderma yang bermurah hati membenarkan kami menggunakan kemudahan terbabit. Kita harap dengan adanya sumbangan orang ramai ia dapat bantu mempercepatkan pembinaan bangunan baharu maahad ini seterusnya memberi keselesaan kepada pelajar,” katanya.

Mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Islam Maahad Tahfiz Ashabusyahid (10025010038004) atau menghubungi Khairudin di talian 014-5537774. – BH Online

masjid

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan