Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM50,000 baiki kawasan perkhemahan Kem Tiku

Tawfiq Abu Bakar Titingan (kanan) melekatkan lencana pada seorang wakil Camporee Pengakap pada program itu. - foto Masani Sandan
Tawfiq Abu Bakar Titingan (kanan) memakaikan skarf pengakap kepada seorang wakil Camporee Pengakap pada program itu. – foto Masani Sandan

TAWAU – Sejumlah RM50,000 diperuntukan bagi memperbaiki kemudahan kawasan perkhemahan Kem Tiku, di sini, bagi memberi keselesaan kepada penganjuran camporee akan datang.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, penganjuran Camporee Tawau berupaya menjadi platform mengerat hubungan perpaduan nasional antara negara berjiran dalam kalangan golongan muda hasil perkongsian idealisme yang sama dalam Persatuan Pengakap.

Menurut beliau, penyertaan negara luar seperti Indonesia dan Brunei Darussalam dalam Camporee Tawau Kelima pada tahun ini memperlihatkan semangat solidariti yang perlu dikukuhkan.

“Saya kagum dengan camporee ini yang dapat menghimpunkan 1,586 anak-anak dari seluruh negeri dan negara jiran dalam satu tempat untuk beberapa malam dan saya tahu menganjurkan program seperti ini tidak mudah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Camporee Tawau Kelima di Kem Tiku Tawau, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas itu menambah, perhimpunan itu dapat mendedahkan golongan muda dengan semangat perpaduan dan kesatuan di peringkat global bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingin berlaku pada masa akan datang.

Katanya, generasi muda merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang dan perlu dididik dengan bekalan ilmu secukupnya bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran-cabaran pada masa akan datang.

Dalam masa sama, beliau juga mahu ibu bapa agar sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti persatuan kerana banyak manfaat yang diperolehi dan juga sebagai nilai tambah yang boleh digunapakai pada masa akan datang.

Beliau juga menyarankan syarikat korporat dan swasta membantu melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyalurkan bantuan untuk memperbaiki kemudahan infrastuktur untuk kemudahan persatuan sukarela khususnya pengakap. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan