Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM500 ribu diperuntukkan untuk membaiki Masjid Nurul Islam

3:36pm 26/06/2016 Leolerry Lajius 50 views Tempatan
Hasnol (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid Nurul Islam untuk kegunaan umat di masjid berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Hasnol (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid Nurul Islam untuk kegunaan umat di masjid berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

PUTATAN: Sebanyak RM500,000.00 diperuntukkan untuk membaiki Masjid Nurul Islam yang akan di laksanakan selepas hari raya nanti.

Peruntukan tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan RM2 juta yang diperuntukkan bagi bahagian P.174 Penampang bagi tujuan membaiki masjid dan surau di kawasan ini.

Menurut Timbalan Ketua UMNO bahagian P.174 Datuk Mohd Hasnol Datuk Ayub, walaupun masyarakat muslim di kawasan ini merupakan kumpulan minoriti tetapi sumbangan yang telah dilakukan adalah amat memberangsangkan.

“Walaupun program pada tahun ini tidak sebanyak program yang telah dianjurkan pada tahun lalu namun ia memberikan input yang amat bermakna terutama di musim ramadan ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena program membara majlis ibadah iftar dan sumbangan ramadan 1Malaysia bahagian Penampang, di Masjid Nurul Islam, di sini, kelmarin.

Tambah beliau, program seumpama ini yang memberikan keutamaan kepada golongan yang memerlukan merupakan satu inisiatif dan tujuan perjuangan UMNO bagi membantu rakyat.

“Program ini bukan diadakan sempena bulan ramadan sahaja tetapi kita juga mengadakan program dan aktiviti yang bersesuaian dengan keadaan semasa,”katanya. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan