Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM5 juta diperuntukkan untuk pembangunan sukan negeri Sabah

7:37pm 22/03/2016 Leolerry Lajius 61 views Sukan,Tempatan
Tawfiq menyerahkn geran peruntukan kepada salah satu persatuan ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tawfiq menyerahkn geran peruntukan kepada salah satu persatuan ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sebanyak RM5 juta diperuntukkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi tujuan pembangunan sukan di negeri ini.

Menterinya, Datuk Hj. Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata sebanyak RM2.6  juta  dari peruntukan itu akan diagihkan kepada Geran Persatuan, RM1.6 juta untuk program kejurulatihan dan RM800 ribu bagi bantuan khas kepada penganjuran acara-acara dan insentif kemenangan.

Menurut Tawfiq lagi, kementerian juga telah menyenaraikan 18 Persatuan Sukan Negeri yang telah menyumbang pingat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun  2015, sebagai penerima Skim Insentif Kemenangan berbanding hanya 17 persatuan pada tahun 2014.

“Dari segi aspek nilai kewangan, kementerian mengeluarkan insentif sejumlah RM84,540 pada tahun ini berbanding hanya RM61,903 pada tahun 2014 dengan peningkatan sebanyak 36%,”katanya ketika ditemui media sempena majlis Skim Insentif Kemenangan Atlet 2015 dan Pemberian Geran Bantuan Persatuan Sukan Negeri 2016 di Palace Hotel, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan sempena majlis tersebut, beliau turut mengumumkan insentif yang diterima oleh altet-atlet Paralimpik yang bakal menerima insentif sebanyak RM119,166.00.

“Sebagai langkah untuk meningkatkan mutu sukan di negeri ini, pembinaan kompleks sukan di setiap daerah juga akan diusahakan dan setakat ini telah terdapat 13 buah kompleks sukan di seluruh negeri ini,” katanya.

Mengulas mengenai sukan Sukma yang akan diadakan di Sarawak pada tahun hadapan Tawfiq berkata bahawa beliau yakin pasukan negeri ini akan mampu mencapai target emas yang telah ditentukan oleh kementerian.

“Saya yakin pasukan dari negeri ini akan mampu mencapai sasaran 40 emas dan saya berharap semua pasukan yang terlibat akan menggandakan usaha untuk mencapai sasaran tersebut,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan