Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM5.22 juta tambahbaik Jalan Bukit Manggis

Dari kiri, Jainab Ahmad, Ghulam Khan, Musbah Jamli, Ellron Angin dan Hamisa Samat, menunjukkan isyarat bagus sebelum bermula sesi soal jawab pada Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-14. - foto Ille Tugimin
Dari kiri, Jainab Ahmad, Ghulam Khan, Musbah Jamli, Ellron Angin dan Hamisa Samat, menunjukkan isyarat bagus sebelum bermula sesi soal jawab pada Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-14. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Usaha akan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melenggara serta menambahbaik Jalan Bukit Manggis yang menghubungkan Kampung Langkawait dan Penampang Baru dari masa ke semasa.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Ghulam Khan berkata, kerja penyelenggaraan rutin telah dijalankan dengan kerap dan mengikut jadual ditetapkan.

“Bagi kerja-kerja penyelenggaraan berkala, sejak 2007, kita telah menggunakan lebih daripada RM5.22 juta untuk melaksanakan beberapa kerja penyenggaraan bagi membaiki kerosakan jalan raya di Jalan Bukit Manggis.

“Walau bagaimanapun, pihak JKR Sabah akan terus berusaha mendapatkan lebih banyak peruntukan menampung kos kerja-kerja penyenggaraan bagi baki jalan yang mengalami kerosakan,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-14, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Mohamad Alamin (Bongawan-BN) mengenai kerja pemulihan dan menaiktaraf Jalan Raya Kampung Langkawit – Kampung Penampang Baru, Papar sejauh kira-kira 12 kilometer dan punca kelewatan kerja penyelenggaraan jalan raya di sepanjang jalan Kampung Langkawit sehingga ke Penampang Baru.

Menurut Ghulam, projek kerja pemulihan dan menaiktaraf Jalan Raya Kampung Langkawit – Kampung Penampang Baru, Papar telah dimasukkan dalam senarai cadangan menaiktaraf Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan