Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM40K untuk dewan Kg Pangalat

5:23pm 28/12/2015 Ann Vivien 26 views Isu Semasa,Tempatan
Raime (tengah) melawat dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk kampung yang terlantar sakit di kampung Pangalat.

Raime (tengah) melawat dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk kampung yang terlantar sakit di kampung Pangalat.

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi memperuntukkan sejumlah RM40,000 bagi membina sebuah  dewan terbuka di kampung Pangalat.

Sementara itu, sejumlah RM 7,000 lagi diperuntukkan untuk membina sebuah gelanggang serbaguna di kampung berkenaan.

Raime  berkata, dengan adanya pembinaan kedua-dua kemudahan asas itu melalui peruntukkan khas beliau, akan memudahkan penduduk setempat untuk keggunaan pelbagai aktiviti berkaitan pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan program membantu rakyat MEMBARA anjuran pejabat perhubungan parlimen P.181 Tenom dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas JASA Tenom di mini dewan kampung Pangalat pada Ahad.

Katanya, peruntukkan yang diberikan adalah keperihatinan pihak kerajaan dalam menyalurkan kemudahan asas kepada penduduk kampung diluar bandar yang memerlukan kemudahan ini.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan