Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM40 juta untuk pembangunan BALB, solar

10:13pm 02/02/2016 Ann Vivien 84 views Berita Pilihan,Tempatan
Ismail diiringi oleh Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Ghani Datuk Yassin disambut dengan tarian suku kaum murut.

Ismail diiringi oleh Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Ghani Datuk Yassin disambut dengan tarian suku kaum murut.

NABAWAN:Kementerian Kemajuaan Luar Bandar dan Wilayah KKLW meluluskan peruntukkan sejumlah RM40 juta bagi pembangunan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di pekan sepulut dan Solar Hybird di 12 buah kampung di daerah ini.

Menterinya, Dato Seri Ismail Sabrie Yaakob berkata selain daripada itu sejumlah RM800,000 turut diperuntukkan bagi menaiktaraf Perhubungan Jalan Desa (PJD) di daerah ini.                                                        
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis santai bersama masyarakat daerah Nabawan di  kolam Andico View kampung Kapapan dekat sini pada Selasa.
Selain itu katanya, sejumlah RM 40 juta turut diperuntukkan diseluruh negeri Sabah bagi membaik pulih rumah-rumah panjang manakala rumah panjang yang ada didaerah Nabawan juga kini dalam senarai untuk pembaikan.                    

“Diharapkan dengan adanya peruntukkan diberikan pihak kerajaan pusat itu nanti akan dapat memberi keselasaan para penduduk diluar bandar yang amat memerlukan pembangunan” katanya. – Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan