Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM350,000 bantu mangsa gempa bumi dan banjir lumpur

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad
KOTA KINABALU – Sejumlah RM350,000 berjaya dikumpulkan dalam tabung Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) yang telah ditubuhkan pada 7 Jun bagi membantu malim Gunung Kinabalu dan mangsa gempa bumi serta banjir lumpur di Ranau dan Kota Belud baru-baru ini.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, beliau amat menghargai jasa baik dan sumbangan ikhlas yang dihulurkan oleh setiap individu, badan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat kerajaan dan swasta kepada mangsa yang terlibat.
“Setiap pihak telah memainkan peranan yang penting dalam usaha membantu dan saling sayang-menyayangi,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau turut mengucapkan ribuan terimakasih kepada Oceanus Waterfront Mall yang turut sama menghulurkan bantuan dan sumbangan sebanyak RM100,000 dan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama sukarelawan gempa bumi semalam.
“Terima kasih juga kepada Syarikat Felda Global Ventures Holding Sdn. Bhd. yang telah menyampaikan bantuan sebanyak RM150, 000 dan kutipan derma ini akan digunakan secara amanah dan berhemah,” katanya. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan