Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM31,800 untuk bebaskan ikan sturgeon

ikan

Heilongjiang (China): Seorang wanita menggemparkan media sosial apabila membelanjakan

60,000 yuan (RM31,800) supaya dia boleh membebaskan ikan sturgeon.

Ikan itu, spesies yang diancam kepupusan ditangkap seorang nelayan, Bai Weijie.

“Ikan itu sungguh kuat. Saya tidak pernah tangkap ikan sebesar itu,” kata Bai Weijie.

Ikan berkenan berukuran dua meter panjang dan berat 537 kilogram.

Kakitangan perikanan yang dimaklumkan mengenai penangkapan itu berkata, ia ikan betina

sturgeon jenis Huso Dauricius yang boleh hidup sehingga 38 tahun.

Sebaik mendengar mengenainya, wanita berkenaan Dai Hongjuan, membeli ikan itu dari Bai

dengan harga 60,000 yuan dan melepaskannya di sungai berhampiran.

“Saya tidak pernah melihat ikan sebesar itu. Saya melakukannya hanya untuk membantu

menyeimbangkan ekologi dan melindungi hidupan liar. Saya tak minta sebarang ganjaran,”

katanya.

Huso Dauricus juga digelar ‘panda gergasi dalam air’ dan dikatakan ikan air tawar terbesar di

dunia. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan