Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM31.398 juta diperuntukkan kepada sekolah dan badan keagamaan bukan islam

Musa (tengah) mengambil gambar besama penerima sempena majlis berkenaan.
Musa (tengah) mengambil gambar besama penerima sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM31.398 juta bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan islam bagi bahagian Pantai Barat Selatan dan Pedalaman Bawah bagi tahun ini.

Daripada jumlah berkenaan RM14.452 juta diperuntukkan kepada sekolah-sekolah dan RM16.946 juta lagi diperuntukkan kepada rumah-rumah ibadat.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, bantuan ini adalah sebagai bantuan kepada institusi itu melaksanakan aktiviti mereka.

“Saya percaya dengan adanya sumbangan tahunan ini, sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan islam akan dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung kos operasi harian, menjalankan program-program berkaitan serta penambahbaikkan institusi dan badan keagamaan masing-masing,”katanya.

Beliau turut menenkankan agar rakyat di negeri ini tidak terikut-ikut dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.

“Suka saya menekankan bahawa isu-isu berkaitan agama tidak timbul di Sabah, selama ini kita hidup dalam keadaan aman dan damai, justeru sama-samalah kita memlihara dan mengekalkan semangat perpaduan, yang kita telah kecapi selama ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena majlis penyerahan bantuan berkenaan yang melibatkan sebanyak 567 institusi keagamaan dan sekolah.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Musa mneyampaikan bantuan kewangan kepada Arc Bishop Datuk John Wong sempena majlis berkenaan.
Musa mneyampaikan bantuan kewangan kepada Arc Bishop Datuk John Wong sempena majlis berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan