Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM3.7 juta disalur setiap tahun biayai 25 jenis bantuan persekolahan di Sabah, Sarawak

Murid-murid SK Tomis, Tamparuli. - foto Monica Gidong
Murid-murid SK Tomis, Tamparuli. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Bagi merapatkan jurang pendidikan di negara ini, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan sentiasa adil dalam menyalurkan peruntukan belanja mengurus, pembangunan dan penyelenggaraan kepada semua jenis sekolah di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebanyak 25 jenis bantuan persekolahan kepada murid telah disalurkan meliputi Bantuan Geran Perkapita (PCG), Bantuan Kokurikulum, Bantuan Sukan Sekolah, Bantuan Makanan dan Yuran Khas Sekolah dan lain-lain dengan bajet melebihi RM3.7 juta setiap tahun.

Menurut beliau, kementerian bukan sahaja prihatin dari segi peruntukan kewangan, malah sentiasa memberi perhatian khusus kepada pendidikan di sekolah luar bandar dan pedalaman melalui Pelan Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman Sabah dan Sarawak yang dilancarkan pada 2013.

“Pelan ini merupakan satu strategi untuk merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik, budaya dan sosio-ekonomi khusus bagi negeri-negeri ini,” katanya ketika berucap ketika berucap dalam majlis perjumpaan khas bersama warga Institusi Pendidikan di Negeri Sabah di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri merangkap Exco Pendidikan Negeri, Datuk Masidi Manjun dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching serta Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pada tahun lalu, kadar transisi murid pelbagai etnik di kedua-dua negeri pada peringkat sekolah rendah ke Tingkatan Satu adalah 89.5 peratus.

Katanya, di Sabah, kumpulan etnik bumiputera lain menunjukkan kadar transisi ke Tingkatan Satu yang tinggi iaitu di antara 91 peratus hingga 100 peratus.

“Ini jelas menunjukkan kementerian sentiasa menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid tanpa mengira lokasi dan latar belakang ekonomi selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan