Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM3.3 juta diperuntukkan untuk Deraf Pelan Struktur Sabah 2033

9:46pm 25/11/2015 Dewiana Tinggolongon 36 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan
Datuk Hajiji Noor

                                                                        Datuk Hajiji Noor

KOTA KINABALU- Sejumlah RM3.3 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi penyediaan Deraf Pelan Struktur Sabah 2033.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Noor berkata pelan itu telah disediakan dalam tempoh tiga tahun sahaja sejak tahun 2011 hingga 2014 dan bukannya lapan tahun.

“Saya ingin maklumkan bahawa deraf pelan struktur yang terdahulu dari pelan ini iaitu Deraf pelan Struktur Sabah 2020 telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 12 April 2006.

“Bagaimanapun pihak kerajaan telah memutuskan bahawa pelan struktur tersebut perlu dipinda dan disemak semula untuk mengambil kira dasar-dasar pembangunan terkini yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah,” katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini (Rabu).

Katanya, Dasar berkenaan terkandung dalam dengan izin Pembangunan Koridor Sabah serta untuk menyediakan peta pelan struktur yang lebih terperinci dan jelas.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ADUN Karamunting Charles O Pang Su Pin yang bertanyakan mengenai jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi penyediaan Deraf Pelan Struktur Sabah 2033.

Jelasnya, Deraf pelan Struktur Sabah 2033 telah disediakan oleh Jabatan Perancang bandar dan Wilayah dibawah Seksyen 4E Ordinan Perancang Bandar dan Desa untuk mengganti Pelan Struktur Sabah 2020.

Katanya, perancangan itu juga menyediakan hala tuju strategik yang baharu bagi pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi Negeri Sabah pada 20 tahun akan datang iaitu dari tahun 2013 hingga 2033.

“Dokumen Deraf ini juga merumus dasar dan strategi yang sesuai dengan perancangan dalam pengurusan pembangunan dan penggunaan tanah secara lestari selaras dengan keperluan semasa dan masa depan pembangunan bandar dan luar bandar Sabah,” ujarnya lagi.

Beliau memberitahu, selaras dengan peruntukan Seksyen 4D, Ordinan Perancang Bandar dan Desa , Deraf berkenaan telah dipamerkan untuk pemeriksaan, ulasan dan jika terdapat bantahan awam selama 10 minggu daripada 8 Sept 2015 sehingga 16 November 2015.

Namun katanya lagi, tempoh publisiti itu dipanjangkan sehingga 16 Disember 2015 iaitu tambahan selama satu bulan bagi memastikan ianya mendapat publisiti yang mencukupi.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan