Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM26,390 taja 4,091 Akhbar Pendidikan Tutor

Kurup menyampaikan replica cek tajaan kepada Pengetuan SMK Sook  Ahmud Saribin. foto ihsan Dehyah Dzulkarim)
Kurup menyampaikan replica cek tajaan kepada Pengetuan SMK Sook
Ahmud Saribin. foto
ihsan Dehyah Dzulkarim)

KENINGAU – Penggunaan alat bantu pembelajaran dapat membantu para pelajar terutama di kawasan luar bandar meningkatkan pencapaian mereka dalam pendidikan.

Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata, pencapaian cemerlang dalam pendidikan secara tidak langsung menjadikan generasi pelajar sebagai modal insan berjaya sekali gus membantu masyarakat setempat.

“Kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan pembelajaran kepada para pelajar agar mereka boleh mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan,” katanya ketika berucap dalam majlis penyerahan Akhbar Pendidikan Tutor Sekolah-Sekolah Parlimen Pensiangan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), di sini semalam.

Sejumlah RM26,390 telah diperuntukkan untuk membiayai penajaan Pendidikan Tutor Utusan Malaysia membabitkan 70 buah sekolah rendah dan enam buah sekolah menengah di kawasan Parlimen Pensiangan melibatkan seramai 4,091 calon peperiksaan umum yang akan datang.

Kurup berkata, penajaan seumpama ini adalah merupakan antara usaha untuk meningkatkan prestasi keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan Pedalaman. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan