Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM260 juta diperuntukkan untuk selaraskan harga barang Sabah dan Sarawak

5:20pm 28/11/2015 Dewiana Tinggolongon 24 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Jainab (dua Kiri) menyaksikan gimik pelancaran hari Pengguna Peringkat Negeri yang dilaksanakan oleh Musa (kanan).- Foto Jimmy Tan / sayangsabah.

Jainab (dua Kiri) menyaksikan gimik pelancaran hari Pengguna Peringkat Negeri yang dilaksanakan oleh Musa (kanan).- Foto Jimmy Tan / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Sejumlah RM260 juta diperuntukkan untuk menyelaraskan ‘Program 1Harga 1Barang bagi Sabah dan Sarawak bagi membantu rakyat mendapatkan harga yang berpatutan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad berkata penyelarasan itu dilakukan selaras dengan pengumuman program berkenaan dalam bajet 2016 baru-baru ini.

“Bagi pelaksanaan dasar ini, kerajaan mengekalkan dan meneruskan projek sedia ada dengan barangan yang menikmati pelarasan harga.

“Barangan berkenaan termasuklah harga beras ST15%, tepung gandum, minyak masak, gula pasir, gas memasak LPG, Petrol RON 95 dan Diesel,” katanya ketika berucap sempena Hari Pengguna Peringkat Negeri Sabah 2015 di sini hari ini (Sabtu).

Turut hadir dalam majlis itu ialah, Ketua Menteri Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Jainab berkata, program itu bertujuan mengurangkan jurang perbezaan harga di antara kawasan pedalaman dan kawasan bandar bagi memastikan barangan bersubsidi sampai kepada pengguna sasaran dan barangan boleh diperolehi dengan mudah pada harga kawalan.

Menurutnya, di bawah program berkenaan, dicadangkan agar mewujudkan ‘rezoning’ baharu di mana setiap pengangkut akan menghantar ke satu-satu zon atau kawasan sahaja.

“Tiada pertindihan pengangkut menghantar ke kawasan yang sama berlaku lagi dan satu jawatan kuasa yang diberi kuasa penuh ditubuhkan untuk memilih dan melantik kontraktor dan memberi keutamaan kepada syarikat yang terpilih,” katanya.

Menurutnya mesyuarat bersama transporter bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan kepenggunaan perlu kerap dijalankan bagi menetapkan dan menstrukturkan semula projek mengikut fasa yang ditetapkan dalam mesyuarat.

katanya ia bertujuan bagi memastikan kuota bekalan bagi setiap zon mencukupi dan menampung keperluan penduduk di setiap kawasan.

Selain itu, beliau berkata pemantauan juga perlu dibuat dengan membuat kajian ke atas sistem penyampaian tersebut setiap tiga bulan untuk memastikan keberkesanan penghantaran mencapaiobjektifnya.

Beliau berharap agar peruntukan berjumlah RM260 juta itu dapat memberi manfaat kepada 1,042,547 penduduk luar bandar meliputi 503 kawasan.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan