Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM2,500 ‘dikunyah’ anjing

9:28am 08/01/2016 Pak Roshan 406 views Global
WANG tunai yang dikunyah anjing.

WANG tunai yang dikunyah anjing.

Beijing: Malang bagi seorang lelaki yang cuba menyorokkkan wang berjumlah 3,800 yuan (RM2,500) daripada isterinya di dalam kuilt apabila ia musnah dimamah anjing rakannya.

Anjing jenis golden retriever bernama Hali itu memakan wang itu ketika lelaki berkenaan sedang tidur di rumah mereka di Lushun, lapor Huanqiu.com.

Sebaik terjaga mereka melihat anjing itu di sisi mereka dengan wang nota 100 yuan berteraburan di kelilingnya.

Isterinya terus bertanya dari mana datang wang itu menyebabkan lelaki terbabit terpaksa mengaku ia miliknya yang disorok di dalam selimut tebal di bilik tidur tetamu.

Dia tidak menyangka Hali yang dijaga sepanjang ketiadaan rakannya akan memakan wang itu.

Bagaimanapun, isterinya tidak marah sebaliknya menganggap kejadian itu kelakar. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan