Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM230.99 juta diperuntukkan bagi pembangunan industri pelancongan

5:46pm 18/11/2016 Leolerry Lajius 17 views Kota Kinabalu,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU: Kerajaan peruntukkan sebanyak RM230.99 juta dalam Bajet 2017 bagi membantu memacu pembangunan industri pelancongan di negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, usaha akan terus dipertingkatkan untuk mengenalpasti sasaran pasaran utama, merancang dan mengatur strategi-strategi pemasaran bagi jangka pendek dan jangka panjang untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sabah.

“Bagi tempoh lima bulan pertama tahun 2016, prestasi industri pelancongan kekal cergas, di mana kita telah menerima seramai 1,337,126 orang pelawat iaitu peningkatan sebanyak 3.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2015 (1,295,484 orang).”

“Daripada jumlah tersebut, seramai 882,109 orang adalah pelawat domestik manakala 455,017 orang adalah pelawat antarabangsa dan sebahagian besar daripada pelancong ini adalah daripada Negara China (termasuk Hong Kong), Korea Selatan dan Brunei Darussalam,” katanya ketika membentangkan Bajet 2017 Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Beliau turut menyatakan, kemasukan pelancong ini, dianggarkan menyumbang sebanyak RM2.852 bilion dari segi resit pelancongan iaitu peningkatan sebanyak 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2015 (RM2.709 bilion).

“Alhamdulillah, pada 19 Mei 2016 Kerajaan telah berjaya  mewartakan Taman Tun Mustapaha dan ia dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun depan.

“Taman seluas 898.76 ribu hektar (lebih kurang 2.2 juta ekar) yang terletak di utara Pulau Borneo ini merupakan yang terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di rantau Asia,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan