Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM20j Diperuntuk Untuk Kemudahan Di Jeti Pendaratan Ikan LKIM

LKIM

LABUAN – Peruntukan sebanyak RM20 juta bagi meningkatkan kemudahan di jeti pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Labuan akan membantu merealisasikan penubuhan ‘Bandar Nelayan Labuan’ di Kiansam, di bawah Pelan Pembangunan Labuan.

Dana berkenaan, merupakan sebahagian daripada tujuh inisiatif dan projek yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meneruskan pembangunan Labuan yang akan digunakan untuk melengkapi sepenuhnya kompleks pendaratan jeti LKIM dengan infrastruktur yang diperlukan.

Pengarah LKIM Labuan Dzulkifli Mad Ali berkata Labuan berpotensi untuk menjadi hab industri perikanan tuna negara namun ia mesti disokong dengan kemudahan dan infrastruktur yang lebih baik.

“Ia memberi petanda baik kepada pembangunan industri perikanan. Peruntukan ini akan membuka jalan untuk mewujudkan bandar nelayan Labuan dan menrealisasikan rancangan kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai hab tuna untuk negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dzulkifli berkata beberapa rancangan pembangunan telah disediakan dan akan dibiayai dengan peruntukan yang diluluskan itu.

Pembangunan ini melibatkan kawasan seluar 20 ekar (8 hektar) untuk kompleks baharu LKIM, kilang ais, limbungan, tapak perusahaan kecil dan sederhana, pasar basah dan pasar borong, bangunan pejabat untuk vendor, 200 lot medan selera unru nelayan, pusat pengumpulan hasil tangkapan, balai raya, stesen minyak, pusat pembaikan jala ikan, surau dan kuarters kakitangan.

Dzulkifli berkata dengan kemudahan yang lebih baik di jeti pendaratan ini ia akan membolehkan hasil tangkapan makanan laut dapat dipusatkan di jeti LKIM, Kiansam.

“Sekurang-kurangnya 391 buah bot tempatan pada masa ini beroperasi dengan sebahagian daripada mereka bertaburan di jeti swasta, menjadikannya ia sukar untuk memantau jumlah tangkapan.

“Namun, melalui pendaratan hasil tangkapan yang teratur, kami boleh memantau dengan berkesan aktiviti nelayan,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan