Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM20 ribu imbuhan untuk Felicia Mikat

2:54pm 16/12/2015 Leolerry Lajius 1117 views Sukan,Tempatan
Felicia Mikat bersama para atlit paralimpik yang lain

Felicia Mikat bersama para atlit paralimpik yang lain

KOTA KINABALU: Pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah sentiasa mengambil berat serta menjaga kebajikan atlit Paralimpik Sabah semenjak sukan paralimpik ini bermula beberapa tahun yang lalu.

Kejohanan sukan paralimpik yang diadakan di Singapura baru-baru ini turut mendapat perhatian dengan pemberian elaun khas sebanyak RM1000 kepada setiap atlit paralimpik negeri ini yang terlibat.

Bagi pemenang pingat emas pula, insentif RM10,000 akan diberikan dan untuk Felicia yang memenangi tiga pingat emas, beliau akan menerima RM5000 untuk setiap pingat tambahan menjadikan jumlah keseluruhan yang akan diperolehinya adalah RM20,000.

Kementerian Belia dan Sukan Sabah juga sentiasa memandang serius terhadap pembangunan para atlit paralimpik untuk meningkatkan prestasi mereka sehingga layak bertanding di peringkat yang lebih tinggi.-SayangSabah

Vesion Jasnie salah seorang atlit paralimpik Sabah.

Vesion Jasnie salah seorang atlit paralimpik Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan