Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM2 juta majukan infrastruktur asas

Sairin Karno (dua dari kanan)  menyentuh skrin komputer melancarkan undian projek PIA/PIAS. - foto Kalawon Sawing
Sairin Karno (dua dari kanan) menyentuh skrin komputer melancarkan undian projek PIA/PIAS. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Lebih RM2 juta peruntukkan kerajaan Pusat bagi membiayai 38 Projek Pembangunan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) di dua kawasan Liawan dan Bingkor pada tahun ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Sairin Karno berkata, peruntukan berkenaan akan membolehkan pelaksanaan pembangunan terutama di luar bandar diteruskan dari masa ke semasa demi kesejahteraan rakyat.

“Pelaksanaan projek itu membuktikan keprihatinan kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Pengundian Berkomputer PIA dan PIAS yang di di Dewan Masyarakat, di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan itu turut mengingatkan para kontraktor tempatan yang telah mendapat projek berkenanan agar melaksanakannya dengan sebaik mungkin mengikut piawaian ditetapkan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan