Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM2 billion diperlukan baiki cerun, jalan raya dilebih 1,000 lokasi seluruh Sabah

Pairin (tengah) bersama sebahagian ketua-ketua Jabatan negeri dan Persekutuan yang hadir di majlis itu. - foto Kalawon Sawing
Pairin (tengah) bersama sebahagian ketua-ketua Jabatan negeri dan Persekutuan yang hadir di majlis itu. – foto Kalawon Sawing

TAMBUNAN – Kerajaan memerlukan lebih RM2 billion untuk kerja-kerja pembaikian cerun, pembersihan tanah dan membaiki masalah dan kerosakan jalan runtuh di lebih 1,000 kawasan di seluruh negeri akibat bencana alam banjir.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Pairin Kitingan berkata, kementeriannya sudah membuat penelitian untuk memberi keutamaan kepada kawasan seperti cerun dan jalan raya berisiko tinggi untuk runtuh sekiranya hujan berlarutan.

“Kerajaan mengambil berat masalah ini, sebab itu kita membuat penelitian untuk memberi keutamaan kepada masalah jalan raya yang terputus akibat runtuh dan pada masa sama membuat penyelenggaraan jalan bagi yang mengalami runtuhan cerun di seluruh negeri,” katanya selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru 2015 peringkat Parlimen Keningau, di Dewan Masyarakat di sini, semalam.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri memberitahu, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kesukaran pengguna jalan raya sekiranya berlaku bencana alam melibatkan tanah runtuh dan jalan raya terputus.

Oleh yang demikian, katanya, pihak berkuasa sentiasa diarah untuk bersiap sedia bagi menyediakan keperluan untuk memperbaiki cerun dan juga jalan lencongan jika berlaku jalan terputus dengan segera agar aktiviti laluan harian tidak terjejas.

Terdahulu berucap dimajlis itu, Pairin menyeru lapisan rakyat dinegeri ini agar terus memelihara perpaduan yang sudah terjalin untuk memastikan negara terus aman damai dan harmoni serta maju dengan rakyat yang bersatu padu.

Lebih 3,000 masyarakat pelbagai kaum sekitar daerah Pedalaman Keningau hadir memeriahkan majlis. Hadir sama, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr. Maximus Ongkili; Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr. Yee Moh Chai serta pemimpin komponen Barisan Nasional; Ketua Polis Daerah Deputi Superitendan, Douglas Taong serta ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan